BERSABDA RASULULLAH SAW "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

Saturday 4 June 2011

BELAJAQ CAKAP KEDAH

salam semua..
kali ni kecik nak share serba sikit cara cakap loqhat kedah..
mesti ada yang tak pernah dengar dan ada juga tak faham apa maksudnya..kan3

pakat-pakat la try bercakap ..jangan sampai tergeliat lidah dah la.hahaha..merepek pulak kecik ni, jangan marah....kecik gurau ja..
meh kita tengok satu-satu n belajar ya

  • qhe-ngau.................cakar
  • se-qheyat.................reda/surut
  • hambat.................kejar 
  • pe-qhembang.................bidik (aim)
  • contiang.................lukis
  • ligan.................kejar
  • cemuih.................bosan/jemu
  • tokak.................gigit
  • gey-qhek.................basikal
  • gon.................cerun (bukit kecil)
  • belemoih.................comot/kotor
  • tetomoih.................tersungkor
  • ku-tey.................cubit 
  • tak dan.................tak sempat
  • hebiaq.................celupar 
  • maneh melecaih.................tersangat manis
  • Lincun/lencun.................basah
  • lokoih.................kuyup 
  • kawaq.................pencuri
  • kanyaq.................mentah (berhingus)
  • ketegaq.................degil 
  • he-qhot petot.................senget benget
  • me-qhela.................gatal 
  • log laq.................cemekap/cuai
  • hawing.................pusing 
  • punggai.................baling/lempar
  • tengalong.................tuju/baling
  • me-qhe-kah.................Kupas/koyak 
  • ayaq achaq.................air longkang
  • ha-qhin.................hancing 
  • kelepiaq.................melibas
  • kelolo................."tak berapa 
kalau nak dengar cara orang kedah cakap, tengok cita ni

Review film CUN!!! - Remy Ishak Mantoooppp Bak Haaanggg!!!


dah tengok lom. Siapa yang belom tu, jom tengok..lawak gak..hahaha
tu dia dah pandai dah cakap loghat kedah...hahahaha...pandai pon..

terima kasih kerana sudi membaca dan melihat-melihat kat blog kecik ni...
sekian.....

Thursday 2 June 2011

BELAJAR TENTANG CNTA

salam semua pembaca kecik..
dah lama kan tak update blog ni.,sebab ada masalah teknikal...semua tahukan.hhohoo
ok la,ni kecik nak share sikit pada semua tentang etri yang kecik dapat..
agaknya semua tahu kan tentang CINTA...
etri yang kecik nak share ni sekadar memberi pengetahuan ja...takda apa pon..k
selamat membaca

awak..
hari ni saya belajar sesuatu tentang cinta..
baru saya tahu yang cinta tak boleh diungkap dengan kata-kata..
baru saya tahu yang cinta juga tak boleh diukir dengan janji-janji..
kita perlu menyintai seseorang bukan sebab janji kan awak?
kita perlu ikhlas..


awak..
hari ni juga saya belajar sesuatu yang baru..
cinta perlukan pengorbanan..
tapi kadang-kadang tu kan awak..
kita perlu korbankan cinta kita..
memang kita akan rasa sakit..
tapi ia untuk kebaikan kedua-dua pihak..
ini yang dinamakan pengorbanan yang sebenar..
tapi..
saya nak awak tahu yang saya tak sanggup kehilangan awak..
awak..
cinta telah banyak mengajar saya erti kehidupan..
cinta mengajar saya erti kesabaran..
cinta mengajar saya erti berusaha..
cinta juga mengajar saya untuk menjadi lebih kental dalam meneruskan hidup ini..
awak..
mungkin sekarang ramai yang tak percaya cinta..
saya sedih sangat awak..
cinta ini adalah anugerah Allah kepada kita..
kita perlu guna dengan sebaik nya kan awak..
kita perlu hargai pemberian Allah ini..
awak..
mungkin saya tak macam lelaki lain..
saya tak romantik,saya tak jiwang..
saya tak pandai nak sweet-sweet ni..
tapi saya akan cuba kalau itu yang awak nak..
sebab cinta mengajar saya untuk memberi dan menerima..
saya harap awk dapat menerima saya seadanya......
sekian..

macam mana..rasanya dah tahu ka???hahahha...gurau ja...takda apa pon..


terima kasih kerana sudi membaca dan menijau-nijau kat blog kecik
klau suka,ringan-ringan tangan la komen ek..hahaha...klau lagi boleh, rajin pulak tu...boleh  follow je....
jika ada terasa atau terkasar bahasa dalam etri ni, kecik nak minta maaf..
wsalam


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI ALOR STAR

Salam kepada semua pembaca kecik...
hari ni kecik nk kongsi sikit kepada semua, tentang tempat-tempat yang menarik di ALOR STAR..
mngkin ada pembaca kecik ni yang pernah sampai kn...
dan da juga yang xprnah sampai lagi...ye tak....andaian kecik saja...hohoho
kepada yang belom sampai lagi....tengok2 la ye...hehehehe


info ni kecik ambik dari seorang sahabat blogger iaitu http://pandapolarbear.blogspot.com...
terima kasih sangat pada dia...hohoho..


kecik cuma nak kongsi kepada smua pembaca kecik tentang alor star ni....maklum la TANAH AIR KU..hahaha
jom pakat-pakat mai ke negeri KEDAH


MENARA ALOR STAR

menara ni terletak betul-betul tengah bandaraya alor star....
ini gambar dalam menara 
nak tengok ni kena cas...dewasa-RM6, kanak-kanak RM3
dengan teropong ni kita semua bleh melihat seluruh alor star...

MASJID ZAHIR
dibina pada tahun 1912
masjid ni sangat cantik 
datang dan lihat sendiri....

BALAI NOBAT
dibina pada tahun 1854
Balai Nobat adalah menara upacara di Alor Setar digunakan untuk instrumen rumah untuk bermain nobat, maka nyanyian untuk upacara kerajaan. Di antara instrumen adalah serunai, sebuah alat musik tiup menyerupai klarinet, sedangkan nafiri, jenis trompet panjang; gendang, drum dalam bentuk silinder berongga dengan perkamen membentang lebih dari sisi terbuka, dan gong.

BALAI SENI NEGERI

Dibina pada tahun 1912, gedung ini pertama kali digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum menjadi markas besar jabatan kerajaan beberapa negara. Arsitekturnya mempunyai pengaruh kuat Rom, yang jelas juga di Kuil Rivals Fortune.
Pada tarikh 25 Julai 1983, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyatakan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman (Kedah Darul Aman State Art Gallery).
Galeri ini terdiri daripada lima bahagian, dan merupakan rumah bagi barang-barang antik, peninggalan sejarah dan seni beberapa koleksi termasuk beberapa lukisan catair pemandangan baik Malaysia oleh AB Ibrahim. Kemudahan lain termasuk kedai cenderamata di mana satu boleh membeli kad pos dan alat artis.

PEKAN RABU
 pasaran ramai menawarkan hamparan makanan yang lazat utara dan menghasilkan, kerajinan, pernak-pernik serta pakaian.

CIK SPACENDRA'S PALACE
Dibina pada tahun 1882, bangunan ini terletak di Alor Setar. Juga dikenali sebagai Istana Kampung Baharu, itu adalah Istana Cik Spacendra, isteri pertama Sultan Abdul Hanaid Halint Shah (1881-1943).

Dengan senibina dan hiasan yang indah seperti finishing, istana merupakan tarikan popular. Ini adalah penghargaan romantis oleh sultan untuk isteri tercinta.

MUZIUM PADI
Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di negeri Kedah ialah Muzium Padi. Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Star. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.


sebelum masuk, sila dapatkan tiket ini di kaunter
DEWASA = RM3
KANAK-KANAK(7-12THN) = RM1
KAMERA = RM2 / kamera / hp/apa2 aje sewaktu dgnnya
Waktu Lawatan: Dibuka Setiap hari
Sabtu - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 petang
Jumaat : 9:00 Pagi - 12:30 tengahari
: 2:30 Petang - 5:00 petang 

GUNUNG KERIANG
Gunung Keriang - Alor Setar, Kedah
Gunung Keriang Rekreasi Park, Kedah terletak hanya 12 kilometer dari bandar AlorSetar dan merupakan salah satu tempat pelancongan utama di Kedah.
Gunung Keriang Rekreasi Park, Kedah adalah sebuah taman kecil, yang dikenali untukbatuan kapur dan gua. The Keriang Gua adalah salah satu gua yang paling popular dan terkenal ditemui di taman ini.

JAM BESAR

Bangunan Jam Besar, atau Big Jam Building, adalah clocktower di pusat Alor Star,Kedah. Itu adalah ditubuhkan untuk tujuan memanggil umat Islam untuk doa. Pada hari-hari dulu, jam akan berdering ketika waktu solat. Hal ini mendorong pemukulan gong di Balai Nobat di seberang jalan.

RUMAH MERDEKA
Di sinilah tha Tunku difahami dan terancang strategi yang berjaya dalam persiapan untuk pemilihan pemilihan umum 1955, 1959 dan 1969. itu juga di rumah ini sangat bahawa Tunku menghabiskan masa luang tulisannya. Tulisan-tulisannya termasuk script untuk dua filem terkenal, "Raja Bersiong" dan "mahsuri".

ada banyak lagi tempat-tempat yang indah selain ni.kalau nak cita smpai 2 3 hari pun xcukop.hahahaaha...pakat-pakat mai la ke negeri kedah...boleh melawat dan tengok-tengok sendiri ek..hohhoo...xrugi kalau datang...JOM BERCUTI KE NEGERI KEDAH 

terima kasih kerana sudi membaca dan tengok2 kat blog kecik ni...
klau suka,ringan-ringan tangan la komen ek..hahaha...klau lg boleh, rajin pulak tu...boleh  follow je....hohohhoo...sekian ...salam....

TAZKIRAH RINGKAS TENTANG IBU BAPA KITA

SALAM 
kepada pembaca putra....
ni putra nk share sikit kat korang tentang tazkirah rinkas...
sekadar nak mengingatkan untuk semua dan juga putra sendiri..
info ni putra dapat dari salah seorang iaitu Shahrir Rizal Kasjoo
harap-harap info yang putra share ni boleh memberi tauladan dan pendidikan kepada semua..


Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh
dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil,
apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan
hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu.
Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya
dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan
sempurna.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita.
Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini?
Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya
ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada
mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka
selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah
membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan
kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa
daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan
mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga
bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar
dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa
kita juga.

terima kasih kerana sudi memberi masa untuk membaca..
jika suka dengan info ni korang boleh ambik dan share kepada rakan-rakan korang...
xsalah kan kita share benda yang baik....

dan satu lagi,ringan-ringan lah tangan 2 untuk follow blog putra..hahaha
kalau boleh komen-komen sekali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...